Unsupported Browser Although our tracking technology supports older browsers, unfortunately our website does not. Please upgrade your browser in order to get the full Tapfiliate experience.

Terma dan Syarat

1. Program MBA ini akan berlangsung dari Februari 2021 sehingga Disember 2021. Pendaftaran akan ditutup pada 30 November 2021.

2. Program MBA ini terbuka kepada semua peringkat umur selagi anda mempunyai akaun bank. Untuk MBA di bawah 18 tahun, sila dapatkan kebenaran ibu bapa.

3. MBA tidak digalakkan untuk membuka akaun media sosial khas untuk program ini. MariMogo berharap MBA akan aktif mempromosikan link khas di media sosial masing - masing kepada keluarga, kawan - kawan dan rakan sekerja terdekat.

4. Yuran pendaftaran MBA 2021 adalah RM 30.00.

5. MBA wajib membantu pelanggan untuk proses membeli melalui link khas masing - masing. Pihak MariMogo akan membantu selepas proses pembelian dibuat.

6. MBA tidak digalakkan menyimpan stok yang banyak. Pihak MariMogo akan menguruskan semua proses inventori dan pengeposan.

7. MBA digalakkan untuk menyertai sesi latihan secara online yang akan di jalankan dari masa ke masa. Ini dapat membantu MBA untuk menjalankan aktiviti pemasaran dengan lebih baik.

8. Sebarang pertanyaan atau cadangan, MBA boleh terus berhubung dengan pihak pengurusan MariMogo melalui applikasi telegram.

9. Pembayaran komisen MBA akan dijalankan pada minggu pertama bulan berikutnya melalui pemindahan online. Pastikan no akaun adalah tepat supaya proses pembayaran berjalan lancar.

 

Soalan Lazim

1. Macam mana nak daftar jadi MBA?

Isi borang pendataran ini dan buat pembayaran RM 30 untuk yuran MBA. Link MBA akan diberi pada Februari 2021.

2. Bila tarikh mula promosi?

MBA boleh mula mempromosikan link masing - masing pada 1 Februari 2021.

3. Bila pembayaran komisen diberikan?

Komisen akan dibayar pada minggu pertama bulan berikutnya. Komisen adalah 10% untuk setiap produk yang terjual tidak termasuk cas penghantaran. 

4. Adakah Pihak MariMogo akan promote social media MBA?

HQ hanya akan repost Ig Story yang ada muka sahaja dan perlu tag HQ. Video dan gambar menarik akan dipost di instagram @marimogo.hq setelah mendapat izin dari MBA sendiri. HQ juga akan tag video/gambar tersebut.

5. Boleh ke MBA nak buat content sendiri?

Inisiatif untuk menghasilkan content yang kreatif adalah sangat digalakkan mengikut garis panduan yang dibenarkan. Hadiah yang menarik menanti buat MBA yang aktif dan kreatif.

6. Perlu ke saya buka akaun social media yang baru?

Tidak perlu. MBA digalakkan mempromosi produk di mana-mana akaun social media yang sedia ada. Tiada kekangan dari HQ dari segi waktu posting. Marketing material akan disediakan di group Telegram ‘MariMogo Brand Advocate’.

7. Boleh ke saya nak tengok progress sales?

Pihak HQ akan update dari masa ke masa. 

8. Bagaimana cara pembelian customer MBA?

Hanya membantu customer buat pembelian terus di website MariMogo menggunakan link khas MBA itu sendiri. Link MBA akan diberikan selepas berjaya membuat pendaftaran.

9. Boleh ke saya nak spam komen di social media HQ dan social media MBA yang lain?

Tidak digalakkan. MBA digalakkan untuk fokus kepada media sosial sendiri.